PERUNTUKAN kecemasan bagi membaiki 36 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor susulan kejadian ribut pada Jumaat lalu akan disegerakan.
Kementerian Pendidikan (KPM) melalui satu kenyataan pada Ahad memaklumkan peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Tambah kenyataan itu, JPWPKL, JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM. Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera," katanya.
Sebelum ini, beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terjejas selain ada yang rosak selepas kejadian ribut melanda kawasan berkenaan pada petang Jumaat lalu.
![]() |
Kerja pembaikan akan dijalankan segera |
Kerja pembaikan sementara dan pembersihan segera telah dilaksana bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.
0 Comments