Kenyataan Razman sekadar propaganda murahan, tegas ADUN Hulu Kinta


PESURUHJAYA
PAS Negeri Perak, Razman Zakaria dicabar membuktikan dakwaan kononnya beliau memiliki sokongan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) susulan spekulasi gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di Perak.

Naib Pengerusi KEADILAN Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad melalaui satu kenyataan pada Ahad berkata, Razman perlu membuktikan dakwaanya itu dengan menggunakan peluang semasa pemilihan Senator Dewan Negara pada Sidang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Khamis ini.

“Saya cabar beliau menggunakan peluang semasa pengundian memilih Senator pada Khamis untuk membuktikan angka dalam proses meluluskan usul memilih Senator Dewan Negara bagi mewakili negeri Perak,” kata ADUN Hulu Kinta itu.

Terdahulu, Razman dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebagai berkata, beberapa ADUN kerajaan datang sendiri berjumpa dengannya ketika khabar angin bertiup kencang mengenai gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan Perak.

Razman bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah serta nama ADUN kerajaan yang didakwa berjumpa dengannya itu.

Sementara itu Muhamad Arafat berkata rakyat Perak sedia maklum dengan sikap Razman kerana sebelum ini terbukti di mahkamah bahawa banyak kenyataan dibuat Pesuruhjaya PAS Perak itu sebagai fitnah dan tidak benar.
 
Justeru beliau beranggapan kenyataan Razman itu adalah berniat jahat bagi memberi gambaran salah kepada rakyat kononnya kerajaan Perpaduan Perak tidak stabil supaya pelabur-pelabur kurang yakin.

Razman digesa beri bukti dakwaannya
Sedangkan Kerajaan Perpaduan Perak pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad sebenarnya kukuh dan jauh lebih stabil serta terus memfokus pemulihan ekonomi negeri.

"Ini (kenyataan Razman) hanya akan membantut pembangunan, peluang pekerjaan serta ekonomi di negeri ini yang akhirnya akan menyusahkan rakyat," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments