Keselamatan siber tanggungjawab bersama - Fahmi Fadzil

 

ISU keselamatan siber adalah satu isu kritikal yang memberi kesan kepada kerajaan, perniagaan dan individu, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil

Pada ucapan di majlis perasmian Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam, Fahmi berkata kemajuan teknologi yang pesat telah membawa banyak manfaat, namun ia juga telah membuka ruang baharu untuk ancaman dan serangan siber

Justeru isu tersebut merupakan satu tanggungjawab bersama yang memerlukan penglibatan semua pihak.

“Dengan mendidik diri kita dan mengamalkan amalan digital selamat, kita boleh mewujudkan budaya keselamatan siber yang melangkaui persidangan ini,” katanya.
   
Mengenai persidangan itu, Fahmi berkata selain daripada sesi yang memberi maklumat, persidangan itu juga menawarkan peluang perangkaian kepada semua peserta.

“Menerusi persidangan ini hubungan dan kerjasama ini, kita dapat perkukuhkan bersama pertahanan keselamatan siber kita.

“Saya menggalakkan setiap orang daripada kamu untuk melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna, bertukar-tukar idea dan membentuk perkongsian yang akan menyumbang kepada sebuah ekosistem digital yang lebih selamat,” katanya.

Semua pihak perlu main peranan dan kerjasama
Terdahulu, Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 yang berlangsung selama tiga hari mulai 19 Mei merupakan anjuran Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).
 
Persidangan yang bertujuan menghimpunkan pakar keselamatan siber untuk membincangkan dan berkongsi pandangan terhadap trend, ancaman dan penyelesaian terkini keselamatan siber itu disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Post a Comment

0 Comments