GEMPA bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan bahagian utara Pakistan semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.32 petang Selasa (waktu tempatan) itu, sekurang-kurangnya 19 dilaporkan maut dan lebih 300 yang lain cedera.
![]() |
Banyak kawasan terjejas teruk dalan kejadian semalam |
Menurut
Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak
berhampiran Mirpur, bandar di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Dikawasan dilanda gempa, beberapa kerosakan serius dilaporkan, terdapat bangunan komersial runtuh dan rumah penduduk rosak selain jalan terbelah.
"Gempa terbabit terjadi pada kedalaman 10 kilometer dan dirasai di hampir seluruh wilayah Punjab, beberapa bahagian Khyber Pakhtunkhwa.
"Kawasan paling teruk terjejas adalah Mirpur, Azad Kashmir," kata Ketua Meteorologi, Muhammad Riaz.
Difahamkan gegaran turut dirasai di New Delhi, Chandigarh, sebahagian Himachal dan juga beberapa bandar di Pakistan termasuk Islamabad dan Lahore.
Jabatan meteorologi Pakistan memberi amaran berlakunya gempa susulan dalam tempoh 24 ke 48 jam dan meminta mereka mengambil langkah berjaga-jaga.
0 Comments