Lelaki bunuh, tolak jasad ibu ke gerai



SEORANG lelaki dipercayai mengalami gangguan mental bertindak kejam apabila membunuh ibu serta menikam adik perempuannya.

Dalam kejadian di Kuantan itu, Sefiah Hamid, 62, dilapor ditikam dengan pisau dapur dibahagian leher antara jam  8.30 hingga 10.30 pagi.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 38 tahun itu turut meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda dan menolak keluar dari rumah ke sebuah gerai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

"Masa dia (suspek) tolak kerusi roda saya tanya kenapa dia cakap dah bunuh mak dan call (hubungi) polis tapi tidak dapat.

"Jadi, saya minta supaya dia tenangkan diri dulu dan letak kerusi roda di bawah pokok mempelam serta datang ke kedai untuk bertenang tetapi dia enggan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini., kata seorang saksi, Samin Ahmad Mahmood, 57 tahun.

Menurut Samin, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perbuatan suspek dan cuba menenangkannya. Suspek turut mengaku gagal menghubungi pihak polis sebelum mencampak telefon bimbitnya.

"Masa bantu itu ada yang perasan dia masih bawa pisau dan semua orang awam menjauhkan diri bimbang dicederakan," katanya.

Susulan insiden itu, orang awam menghubungi polis kerana melihat lelaki itu masih memegang pisau.

Dalam kejadian itu, adik perempuan suspek dan teman lelakinya yang tiba ke tempat kejadian turut cedera.
 

Post a Comment

0 Comments