Jelajah Harapan Rakyat buka langkah di Pantai Morib


CERAMAH Jelajah Harapan Rakyat bakal bermula malam ini dengan ia dijadualkan akan berlangsung di Dataran Pantai Morib jam 8 malam.

Siri jelajah menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu bakal menyaksikan kehadiran kesemua pemimpin tertinggi dari empat parti komponen HARAPAN.

Selain Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohamad Sabu dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Loke Siew Fook dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Madius Tangau dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Turut dijangka hadir ialah Menteri Besar, Amirudin Shaari dan pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP.

Pemimpin utama parti gabungan dijangka hadir
Selangor dipilih sebagai tapak bermulanya siri itu kerana ia  dianggap kubu kuat gabungan itu apabila berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Antara isu dijangka bakal disentuh malam ini adalah berkaitan isu kenaikan harga barang yang terus menekan rakyat terbanyak

Post a Comment

0 Comments