SEORANG pemimpin Pakatan Harapa (HARAPAN) melontarkan cadangan agar rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak dalam botol serta harga siling telur dan ayam yang dijangka membawa kepada kenaikan kos sara hidup tidak lama lagi.
Sheikh Umar Bagharib Ali yang merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi usat DAP berkata jika sejuta orang dapat dihimpunkan di tengah Kuala Lumpur, mungkin barulah kerajaan akan membuka mata mengenai kesusahan rakyat.
Ketika ini katanya pemimpin negara sedang lena sehingga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah yang menghimpit rakyat, justeru mereka perlu "dikejutkan".
"Apabila berhimpun, kita boleh menghantar isyarat kepada kerajaan.
"Bayangkan kalau sejuta rakyat berhimpun di ibu kota. Paling tidak kerajaan akan membuka mata. Sejuta rakyat perlu berhimpun untuk mengejutkan pemimpin negara daripada terus tidur," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut Sheikh Umar berkata pemimpin negara terus bermain politik ketika rakyat berharap isu kos sara hidup dibebani mereka diselesaikan.
![]() |
Adakah k'jaan tak sedar rakyat sedang derita? |
“Jadi, mungkin sekarang sudah masanya untuk rakyat turun ke jalan raya untuk melaungkan suara kita,” kata sambil menegaskan bahawa berhimpun adalah hak rakyat dalam negara demokrasi dan ia dijamin perlembagaan.