JEMAAH Menteri digesa supaya membekukan semua kenaikan gaji dan elaun bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sehingga ekonomi negara kembali pulih.
Gesaan itu dibuat veteran politik, Lim Kit Siang susulan keputusan FGV Holdings Bhd, iaitu entiti yang dimiliki 80% oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), untuk menaikkan elaun tahunan pengerusinya daripada RM300,000 kepada RM480,000 pada mesyuarat agung tahunannya pada Khamis.
“(Kenaikan) ini bukan sahaja berlebihan pada waktu negara sedang bergelut dengan kesukaran ekonomi, tetapi terlampau tidak masuk akal dan perlu disekat oleh Jemaah Menteri dan Parlimen,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.
Beliau mahu agar mengeluarkan arahan berhubung perkara itu dan membentangkannya dalam sesi Parlimen pada 18 Julai depan bagi mendapatkan kelulusan dengan menggesa supaya mereka yang arahan itu dipecat.
Pada mesyuarat agung tahunan FGv itu difahamkan, elaun enam ahli lembaga pengarahnya turut dinaikkan daripada RM120,000 kepada RM150,000, berkuat kuasa semalam.
Manakala peruntukan mengenai penggunaan kereta syarikat oleh pengerusi turut diluluskan dengan elaun kenderaan tahunan sebanyak RM180,000 untuk minyak, tol dan penyelenggaraan.
Elaun urusan rasmi sebanyak RM1,000 sehari turut diberikan kepada pengerusi dan pengarah bukan eksekutif syarikat untuk menghadiri mesyuarat dengan wakil kerajaan atau pihak ketiga seperti perunding, pegawai bank dan penasihat.
![]() |
K'jaan mesti beri isyarat jelas elak pembaziran |
Ia terutama keputusan FGV itu dibuat hanya sehari selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 untuk keluarga dan RM50 untuk penerima bujang.
0 Comments