NAIB PRESIDEN parti AMANAH, Dato Mahfuz Omar membidas kerajaan pimpinan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob ang menurutnya tidak faham kedudukan sebenar isu pokok yang dihadapi oleh rakyat.
Mengulas pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah B40 dan RM50 bagi golongan bujang oleh kerajaan, Mahfuz mengibaratkannya seperti penyakit lain yang dialami, ubat lain pula yang diberikan.
Tambahan bantuan itu tegasnya tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan kos harga barangan yang membelenggu rakyat tatkala ini.
“Seharusnya subsidi tidak dipotong bagi memastikan rakyat dibela nasib mereka termasuklah tiada lagi harga siling ayam yang diputuskan oleh kerajaan.
“Apabila tiada lagi harga siling, tidak mustahil seekor ayam mampu mencanak sehingga RM20 seekor dan dengan tambahan RM100 oleh kerajaan bagi BKM masalah pokok masih belum dapat diselesaikan.
"Kerajaan tidak faham ibarat penyakit lain, ubat lain pula diberikan. Tiada harga siling, tidak mustahil seekor ayam mampu mencanak sehingga RM20 seekor
”Kenaikan harga makanan ayam pula gagal diselesaikan oleh kerajaan sehinggakan penternak dan pengusaha tidak mendapat tawaran harga bahan yang rendah serta tidak mampu menawarkan harga ayam yang lebih murah,” ujarnya dipetik laporan Malaysia dateline.
Kerajaan sebelumnya dikritik susulan keputusan memansuhkan subsidi bagi minyak masak tulen botol serta keputusan menghapuskan harga siling ayam dan telur ayam yang berkuat kuasa bulan depan.
Rakyat bertambah bimbang apabila media melaporkan jemaah menteri akan menyemak tarif elektrik bagi semenanjung berikutan permintaan tenaga yang melonjak, gangguan bekalan bahan api, serta kekurangan minyak, gas dan arang batu.
Tindakan itu dilihat mampu mengakibatkan satu lagi pusingan inflasi di negara ini.
Namun atas desakan ramai, Ismail semalam mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan, dengan harga siling baharu bakal diumumkan dan tidak kenaikan tarif elektrik.
![]() |
Kerajaan buat 'pusingan u' lepas diasak |
Sementara itu Mahfuz menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh ‘flip-flop’.
Isu utama wajib diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kelemahan dan kegagalan kerajaan mengatasi masalah kenaikan pelbagai harga barangan dan pemotongan subsidi.
0 Comments