612,692 usahawan terima bantuan KUSKOP sepanjang Januari- September lalu

KEMENTERIAN  Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah membantu 612,692 usahawan sepanjang tempoh Januari hingga 30 September tahun ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick melalui satu kenyataan berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada usahawan meliputi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, usahawan informal, penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

“Ia merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, adaptasi digitalisasi dan automasi, peluasan akses pasaran dan pembudayaan keusahawanan dengan nilai pembiayaan RM6.45 bilion.
 
“Pencapaian KUSKOP dari segi Program Bimbingan dan Latihan pula, berjaya membimbing dan melatih seramai 8,308 usahawan melalui aspek pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk di bawah INSKEN,” jelas beliau.

Menerusi kenyataan sama Ewon memaklumkan pihaknya juga melaksanakan pelbagai inisiatif dan program merangkumi aspek penggubalan dasar, tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan sepanjang tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Antara program dan inisiatif baharu yang diperkenalkan KUSKOP tahun ini ialah Program Pembangunan Premis Tamu Desa, bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu para peniaga kecil di desa dan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu sebanyak 92 tapak Tamu Desa dibina baharu dan dinaiktaraf dengan peruntukan RM19 juta.





Post a Comment

0 Comments