Setiausaha Sulit Anwar buat laporan polis


SETIAUSAHA
Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shukri Saad tampil membuat laporan terhadap dakwaan seorang individu, Muhammad Yusoff Rawther berhubung akuan bersumpah (SD).

Laporan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi siang tadi.

Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media selepas membuat laporan tersebut.

Tambah Shukri, pihaknya akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff.

"Kita akan kaji dan tengok tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Muhammed Yusoff," tambahnya lagi.

Sementara itu, Shukri mejelaskan, Anwar sendiri telah menjawab tuduhan tersebut, malah menganggapnya sebagai isu remah.

Namun jelasnya tindakan Yusoff seakan-akan menunjukkan ada perancangan menggagalkan proses peralihan kuasa perdana menteri kepada Anwar yang bakal dijalankan.

Dalam satu sidang media semalam, Muhammed Yusoff dalam pengakuan bersumpahnya mendakwa seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji, teruk, tersembunyi, tidak Islamik, berbahaya dan tidak bermoral terhadapnya.

Anwar dalam satu kenyataan media pagi tadi, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammad Yusoff itu yang kononnya berlaku pada 2 Oktober tahun lalu.

“Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen,” kata Anwar.

Post a Comment

0 Comments