PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dilapor positif koronavirus (Covid-19).
Menurut laporan Malaysiakini, Aidi mendapati beliau positif wabak itu setelah melakukan ujian saringan.
Beliau pada awalnya memberitahu bahawa telah ke Hospital Umum Sarawak (HUS) petang semalam selepas mengalami sakit tekak sebelum mendapat panggilan telefon malam semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
"Saya kembali ke HUS malam tadi dan telah ditahan sejak itu," katanya dipetik.
Susulan itu jelas Aidi, isterinya dan anggota yang bekerja dengannya di ibu pejabat kontinjen polis Sarawak, termasuk di pejabatnya, telah diarahkan supaya menjalani kuarantin sendiri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 mereka.
0 Comments