Polis Johor akan memantau penyokong parti yang memuat naik hantaran berbaur 3R (raja, agama dan kaum) di media sosial sepanjang kempen PRK Parlimen Pulau dan DUN Simpang Jeram.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menubuhkan pasukan bagi untuk menyiasat ataupun memastikan dan mengawal (hantaran di media sosial seperti) TikTok dan sebagainya.
“Dan apa-apa yang berlaku yang melibatkan kesalahan kita akan buat laporan polis dan kita akan jalan siasatan.
“Sama ada betul atau tidak betul itu lain cerita. Siasatan kita akan jalankan,” katanya pada sidang media di Dewan Perumahan PDRM, Muar.
Beliau sebelumnya mengulas kecenderungan sesetengah penyokong parti yang dilihat agak ekstrem dalam membuat hantaran di media sosial yang menyentuh ish 3R termasuk yang tindakan terbaharu seorang pengguna media sosial individu memuat naik kenyataan menyentuh isu 3R.
Seorang pengguna media sosial menggunakan nama Iman Mustaqim baru-baru ini mengambur kenyataan kesat susulan kenyataan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah supaya pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang menyebarkan dakwaan kononnya lebih 200 buah sekolah tahfiz di negeri itu telah diarahkan tutup.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi terbabit berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Persaingan merebut kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, antara PH, PN dan calon bebas.
0 Comments