AGENDA yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) bahawa jika mereka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini akan turut mengubah kerajaan Pusat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab, kata
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas Perikatan Nasional yang cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa kerajaan Pusat akan berubah sekiranya mereka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan itu berkata, propaganda dimainkan PN itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan hanya menunjukkan bahawa gabungan itu sudah ketandusan modal.
"PRN ini untuk tentukan kerajaan negeri. Bukan untuk tentukan kerajaan Pusat. Kerajaan Perpaduan ketika ini yang disertai pelbagai parti sudah stabil dan kukuh. Terutamanya sekali apabila kita dapat sokongan kuat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Apabila Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) turun bersama-sama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk iring calon Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) sewaktu penamaan calon, itu sudah beri signal bahawa Kerajaan Perpaduan ini kukuh," katanya.
Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Dialog bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa We Sin di sini, pada Khamis.
Tambah Anthony Loke, sokongan padu daripada pemimpin itu, ia tidak memungkinkan sebarang usaha untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan mahupun Anwar yang sentiasa mendapat sokongan penuh ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
0 Comments