PARTI Ikatan Demoraktik Malaysia (Muda) didakwa tidak berpendirian tetap sejak parti itu mula ditubuhkan selain Presidennya,
Aktivis Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Yuslaini Azmi menyifatkan Parti Ikatan Demoraktik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti yag tidak tetap pendirian.
Dalam satu kenyataan Yuslaini turut mendakwa presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seorang individu yang hipokrit dan gagal membawa naratif politik baharu.
"Saya mengucapkan tahniah kerana Muda berani untuk mandiri selepas berulang kali menggunakan politik khianat sesama rakan koalisi apabila pernah melanggar perjanjian kerusi di Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta beberapa kejadian sama dengan mengherdik pimpinan PH melalui siri posting yang agak kebudak-budakan sebelum ini.
"Syed Saddiq menyatakan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) selepas berlakunya Langkah Sheraton, namun kita masih belum lupa audio mesyuarat terakhir pemimpin PH (Pakatan Harapan) bagaimana beliau secara keras menginginkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu," katanya.
Sebelum ini Syed Saddiq dilapor mendakwa permohonan Muda untuk mengadakan pertemuan bersama kepimpinan PH tidak dilayan malah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung gabungan itu menyatakan tidak ada masa untuk membaca surat Muda.
Justeru, Ahli Parlimen Muar itu baru-baru ini mengumumkan bahawa Muda akan bertanding secara solo pada PRN akan datang.
Dalam pada itu, Yuslaini beranggapan, sekiranya Muda mahu membawa politik baharu, Syed Saddiq selaku Presiden perlu menjadi pemimpin yang berprinsip.
Namun ujar beliau, sejak tertubuhnya parti itu, Muda berulang kali membuat pusingan U dan terlampau gopoh dalam melakukan keputusan.
"Oleh itu pesan saya pada Syed Saddiq sebagai sahabat, belajar untuk bersabar dalam setiap tindakan kerana sehingga kini tindakan gopoh beliau dan parti yang diterajuinya semakin hilang kepercayaan.
"Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Muda," ujarnya.
Aktivis Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Yuslaini Azmi menyifatkan Parti Ikatan Demoraktik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti yag tidak tetap pendirian.
Dalam satu kenyataan Yuslaini turut mendakwa presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seorang individu yang hipokrit dan gagal membawa naratif politik baharu.
"Saya mengucapkan tahniah kerana Muda berani untuk mandiri selepas berulang kali menggunakan politik khianat sesama rakan koalisi apabila pernah melanggar perjanjian kerusi di Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta beberapa kejadian sama dengan mengherdik pimpinan PH melalui siri posting yang agak kebudak-budakan sebelum ini.
"Syed Saddiq menyatakan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) selepas berlakunya Langkah Sheraton, namun kita masih belum lupa audio mesyuarat terakhir pemimpin PH (Pakatan Harapan) bagaimana beliau secara keras menginginkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu," katanya.
Sebelum ini Syed Saddiq dilapor mendakwa permohonan Muda untuk mengadakan pertemuan bersama kepimpinan PH tidak dilayan malah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung gabungan itu menyatakan tidak ada masa untuk membaca surat Muda.
Justeru, Ahli Parlimen Muar itu baru-baru ini mengumumkan bahawa Muda akan bertanding secara solo pada PRN akan datang.
Dalam pada itu, Yuslaini beranggapan, sekiranya Muda mahu membawa politik baharu, Syed Saddiq selaku Presiden perlu menjadi pemimpin yang berprinsip.
Namun ujar beliau, sejak tertubuhnya parti itu, Muda berulang kali membuat pusingan U dan terlampau gopoh dalam melakukan keputusan.
![]() | |
Sikap tak konsisten buat rakyat tak yakin dengan Muda |

0 Comments