BARISAN NASIONAL (BN) dan Pakatan Harapan (BN-PH) Kelantan menyatakan keyakinan mampu menambah jumlah bilangan kerusi di Dewan Undangan Negeri (PRN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, keyakinan itu berpandukan kepada kerjasama kukuh antara gabungan BN-PH yang dilihat semakin serasi ketika ini.
“Sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRU-15 lalu kita bertembung kita penjuru antara PH, BN dan Pas.
“PRN kali ini hanya melibatkan pertembungan dua penjuru
iaitu BN-PH dengan Pas sahaja. Melihat kepada situasi itu, saya yakin
gabungan kita (BN-PH) mampu mengekalkan lapan kerusi yang dimenangi pada
PRU-15 lalu dan menambah jumlahnya kali ini (PRN),” katanya.
Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Kenaf di Kampung Slow Machang, di sini hari ini.
Wan
Abdul Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
(LTKN) memberitahu, jumlah undi yang diperoleh oleh PH-BN pada PRU lalu
jika dicampur mendapati ia mampu menggugat kedudukan Pas di negeri ini.
![]() |
Saingan di Kelantan dijangka berlangsung sengit |
“Untuk PRN nanti, kami akan saling bantu membantu antara satu sama lain bagi memastikan kemenangan menjadi milik BN-PH,” tambahnya.
0 Comments