Sanusi sekadar pelawak politik ramai pengikut - Zahid Hamidi


PERMOHONAN ampun dipersembah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi terhadap Sultan Selangor tidak akan dapat memadam keceluparan dibuatnya sebelum ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi penguatkuasaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R, berkaitan agama, kaum dan institusi diraja sebagai contoh kepada pihak lain.

Ia terutama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sudah mengingatkan agar ahli politik agar tidak menyentuh isu berkenaan.

“Banyak pihak juga telah menyebut perkara ini termasuk Musyidul Am partinya sendiri (Datuk Hashim Jasin), kalau benar itu nasihat yang telah diberikan. Tetapi mungkin terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Ahmad Zahid sebelumnya diminta mengulas permohonan ampun Muhammad Sanusi kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia berhubung kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
 
Susulan kenyataan itu lima ahli Dewan Diraja Selangor tampil membuat laporan polis dan menggesa supaya Sanusi membuat permohonan maaf.

Mereka menegaskan Tuanku (Sultan Selangor) boleh melantik siapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar dan itu tidak wajar dipersoalkan.
 
“Budaya ini adalah budaya yang harus ditolak oleh rakyat keseluruhannya apa juga agama yang kita dianuti apatah lagi agama Islam sebab fitnah seolah-olah telah menjadi budaya mereka.

Sanusi beri gambaran sangat negatif, kata Zahid
“Apatah lagi caci hamun dan kalau kita mahu berbeda pendapat kita gunakan fakta, kita gunakan perbezaan pendapat itu dengan akhlak bukan dengan cara yang tidak mempunyai akhlak politik langsung.

“Tambah lagi jika seorang pemimpin itu datang dari sebuah parti yang berasaskan kepada agama. Tentu ini memberikan gambaran yang sangat negatif bukan hanya kepada para pengundi dan para rakyat keseluruhannya,” katanya Ahmad Zahid sambil menyifatkan Sanusi tidak lebih hanya pelawak politik yang mempunyai ramai pengikut.

Post a Comment

0 Comments