Rakyat mesti tolak politik sempit dimainkan pembangkang


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat negara ini menolak politik sempit berasaskan perkauman seperti dimainkan parti pembangkang.

Anwar berkata, kerajaan pimpinannya akan terus memberi hak dan keadilan untuk setiap kaum di negara ini, namun tetap menjamin kedudukan dan hak istimewa orang Melayu berdasarkan perlembagaan.

"Kita terpaksa lawan kelompok perkauman yang sempit dalam pembangkang. Di mana-mana kampung mereka cerca saya, tak boleh percaya sebab dia tidak hanya tolong Melayu, dia mahu tolong semua (kaum) kalau dia perintah. Dia mahu jaga semua kaum dan hak mereka.

"Jadi saya nak mula dengan jawapan ini, saya cakap dulu dan sekarang, selagi saya Perdana Menteri, saya tidak berubah. Ini negeri untuk orang Melayu kerana Melayu dijamin dalam perlembagaan.

"Tetapi kita kena jaga hak keadilan bagi masyarakat Cina, India, Dayak dan Kadazan dan saya tidak tolak ansur," katanya.

Anwar yang juga Presiden Parti KEADILAN berkata begitu ketika berucap pada Program Ramah Mesra Madani Bersama Masyarakat India di Sungai Petani malam tadi.

Sementara itu dalam ucapannya, Anwar menegaskan semua rakyat perlu dibantu termasuk kaum India yang kebanyakan masih berada pada paras kemiskinan tegar.


Rakyat mesti bersatu, wujudkan negara stabil
Katanya, jalan terbaik untuk keluar daripada kemiskinan adalah dengan memberi hak pendidikan untuk mereka.


"Tak boleh kah saya baik dan berkawan dengan masyarakat India dan kaum lain. Jadi sebab itu sekarang orang India dia nampak solid mahu pertahan Kerajaan Perpaduan.

"(Tapi) ada saya dengar ada lagi orang India yang sokong Pas dan Bersatu, apa tak ada maruah kah?" soalnya.

Post a Comment

0 Comments