RM9.6 juta diperuntukkan untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan


KERAJAAN PERPADUAN
terus berusaha memastikan rakyat termasuk di negeri pembangkang menerima perkhidmatan kerajaan dengan baik.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 Klinik di Kelantan untuk dibaik pulih segera tahun ini dengan melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, 39 klinik itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik dalam kategori daif.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.

Negeri pembangkang tak dianak tirikan
“Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya di Facebook.
 
Sementara itu jelas Zaliha, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang akan dijalankan, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.
 

Post a Comment

0 Comments