AMK Terengganu kecewa kenyataan Ahmad Samsuri


ANGKATAN MUDA KEADILAN 
(AMK) Terengganu melahirkan rasa kecewa atas jawapan remeh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang dikaitkan dengan kontroversi penjualan sebidang tanah di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali dalam satu kenyataan berkata kenyataan Samsuri yang menganggap penjualan tanah kerajaan negeri kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') bukanlah satu isu amat dikesali.

Tambahnya, dakwaan Naib Presiden Pas iitu bahawa segala prosedur yang ditetapkan dipatuhi semasa proses jual beli itu dilakukan telah membangkitkan persoalan lain.

"Hakikatnya, pengakuan yang dibuat oleh beliau cukup mendukacitakan serta membangkitkan beberapa lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Pas," jelasnya.

Justeri AMK tegasnya membangkitkan beberapa persoalan yang perlu dijawab Samsuri.

"Apakah pertimbangan yang diberikan terhadap pengurangan bayaran premium 11 kali ganda lebih murah berbanding harga premium asal ?

"Apakah amalan atau duluan yang diikuti dengan bayaran yang dikenakan 58 kali ganda lebih murah berbanding harga pasaran tanah tersebut ?

"Apabila MB Terengganu,Ahmad Samsuri Mokhtar mengatakan ini cuma isu kecil, adakah penjualan tanah milik rakyat kepada NGO pro-parti politik PAS adalahamalan biasa yang diterima oleh kepimpinan mereka," soalnya lagi.

Terdahulu tular laporan mendakwa kerajaan Terengganu menjual tanah seluas 11,299 meter persegi yang terletak di kawasan strategik di Batas Baru pada harga lebih rendah dari pasaran.

Tanah itu didakwa bernilai RM29.3 juta tetapi dijual kepada Khairunnisa' dengan hanya RM500,000.

Berdasarkan laporan tular berserta dokumen - yang tidak dapat dipastikan kesahihannya secara bebas - Pendaftar Tanah Kuala Terengganu pada 10 Feb 2019 menyatakan tidak memberi pertimbangan kepada permohonan Khairunnisa'.

 AMK Terengganu tuntut jawapan Samsuri
Dalam kenyataan sama juga  AMK Terengganu mendesak supaya Sanusi menghentikan segala jualan tanah rakyat kepada mana-mana individu atau organisasi.

Tegas mereka, sekiranya penjualan itu sesuatu yang perlu dilakukan, ia perlu mengamalkan sistem tender terbuka untuk mengelakkan amalan kronisme.

Post a Comment

0 Comments