KPDN perkenal inisiatif cermin mata Rahmah


KERAJAAN melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas inisiatif Payung Rahmah dengan memperkenalkan Pakej Rahmah Cermin Mata.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100.

Selain itu pengguna boleh menaik taraf kanta cermin mata kepada 'blue cut lens' dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.
 
“Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia,” katanya.

Smentara itu tambah Ahli Parlimen Pulai itu, Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat.

Usaha kerajaan ringan beban rakyat
KPDN sebelum ini melancarkan menu makanan Rahmah, bakul makanan jualan murah..

Kerajaan dijangka akan memperkenalkan pakej insurans Rahmah untuk golongan B40 dan miskin tgear tidak alama lagi sebagai usaha membantu golongan tersebut mendapatkan penjagaan kesihatan yang sepatutnya.