PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas oleh Petronas semasa lawatan kerjanyanya ke syarikat petroleum nasional itu semalam.
Melalui hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata taklimat turut menyentuh perencanaan dan strategi masa depan Petronas dalam usaha menghasilkan sumber pertumbuhan baharu yang lebih lestari dan bertanggungjawab.
"Saya juga mengadakan pertemuan dan perbincangan berasingan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk mendengar perkembangan terkini mengenai tugasan dilaksanakan.
"Didoakan Petronas terus berkembang pesat dengan jayanya," katanya.
![]() |
PM turut mengadakan perbincangan |
Turut hadir, Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha.
0 Comments