KESEMUA Ahli Parlimen pembangkang dilapor tidak mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 di Dewan Rakyat semalam.
Meskipun Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah memutuskan agar usul itu dibentang dan dibahaskan selepas persidangan disambung 2.30 petang tadi, namun sehingga perbahasan dimulakan pada 2.45 petang, tempat duduk blok pembangkang masih kosong menyebabkan dewan lenggang.
Dipetik laporan media, 13 Ahli Parlimen yang menyertai perbahasan usul itu, kesemuanya adalah daripada blok kerajaan.
Dalam perbahasan mereka turut menyatakan rasa kecewa dengan sikap ditunjukkan Ahli Parlimen pembangkang yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan amat memalukan.
"Agak menyedihkan, sudah pukul 3.45 petang, hampir lebih sejam sesi perbahasan bermula, masih tiada lagi pembangkang di dalam dewan ini," kata Ahli PArlimen Bentong, Young Syefura Othman.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berkata pembangkang sepatutnya menjalankan peranan tugas semak dan imbang laporan itu agar kelemahan yang ditegur Ketua Audit Negara boleh diperbaiki dan tidak diulangi oleh kerajaan sekarang.
Terdahulu persidangan tergendala hampir 30 minit sebelum berhenti rehat apabila Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan bertikam lidah mengenai keperluan usul itu
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit membantah dengan menyatakan sepanjang sejarah Parlimen, LKAN tidak pernah dibahaskan.
![]() |
Sikap pembangkang mengecewakan |
Walau bagaimanapun kemudian memutuskan usul berkenaan dibentang dan dibahaskan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat, berikutan permintaan rakyat dan pegawai agar laporan berkenaan dibincangkan secara terbuka, khususnya yang melibatkan kewangan negara.
0 Comments