TINDAKAN menormalisasikan sogokan dengan menganggapnya sebagai sedekah perlu dihentikan, kata Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Presidennya, Ahmad Farhan Rosli berkata, sesuatu pemberian bagi meraih undi di dalam pilihan raya dengan menamakannya sebagai sedekah adalah salah dari segi undang undang dan ia tetap dianggap sebagai rasuah.
Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan jelasnya tegas menyatakan sebarang bentuk penjamuan, pengaruh tidak wajar dan rasuah semasa pilihan raya adalah kesalahan serta calon berdepan tindakan berat termasuklah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
“Ini kerana sedekah merupakan sesuatu yang tidak memerlukan balasan. Jika sesuatu sedekah itu hanya untuk mendapatkan balasan, ia bukan sedekah tetapi lebih kepada sogokan.
“Jadi kita minta pemimpin politik atau calon bertanding pilihan raya nanti tidak menggunakan hujah agama sebagai alasan untuk menghalalkan rasuah,” katanya dipetik Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, setiap parti politik sewajarnya memastikan bakal-bakal calon adalah individu yang bersih selain tidak pernah terpalit dengan apa-apa dakwaan mahupun siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![]() |
Jangan lunakkan tindakan jenayah dengan agama |
Ahmad Farhan juga menambah, tindakan parti-parti yang mewajibkan pengisytiharan harta juga wajar dipuji dan selain perlu dijadikan contoh oleh semua parti yang bakal bertanding menjelang pilihan raya negeri nanti.
0 Comments