Isu pakaian jururawat buktikan pas kekal jumud - KJ


BEKAS
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak tindakan Ahli Parlimen Kuantan dari Perikatan Nasional (PN) yang membangkitkan isu pakaian jururawat di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bercakap pada program potcast 'Keluar Sekejap' pada Rabu, Khairy berkata, isu dibangkitkan Wan Razali Wan Nor itu membuktikan Pas masih kekal dengan stereotaip lama dan jumud.

Jelasnya beliau kecewa apabila pemimpin pembangkang membawa isu tersebut kerana terdapat banyak lagi perkara serius termasuk sistem kesihatan tak cukup pelaburan dan kekurangan kakitangan kesihatan boleh dibangkitkan.
 
“Ini yang buat saya geram kerana ia secara tidak langsung membuktikan Pas masih terbawa-bawa dengan stereotaip lama.

“Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah jelaskan bahawa pemakaian jururawat telah pun mematuhi standard syariah yang sepatutnya,” katanya.

Ada banyak isu lain boleh dibawakan
Wan Razali ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah.

Beliau menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.
 

Post a Comment

0 Comments