PEJABAT PARLIMEN Johor Bahru tampil membantu meringankan beban ditanggung mangsa ribut di Kampung Melayu Majidee.
Wakil rakyatnya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pihaknya menyalurkan bantuan sebanyak RM80,000 bagi tujuan itu.
Ia meliputi bantuan bentuk wang tunai atau bantuan kos sara hidup melibatkan makanan dan sebagainya.
u,
"Bantuan ini disalurkan setelah berbincang dengan pegawai dan juga pihak sukarelawan yang turut berada di tempat kejadian.
"Apa pun, Insya-ALLAH dalam minggu ini juga kita akan salurkan kepada mangsa," kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu ketika mengadakan lawatan meninjau keadaan rumah yang terjejas.pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.48 petang Rabu lalu itu, sebanyak 258 rumah dilapor terkesan dengan tiga kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang.
Susulan itu Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantua segera untuk isi rumah berjumlah RM3,000 sekeluarga bertujuan untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas dengan bencana berkenaan.
![]() |
Sumbangan ringan beban penduduk |
"Kita minta pihak JKR selaraskan perkara ini kerana ia melibatkan banyak rumah yang rosak teruk," katanya.
0 Comments