KETUA MENTERI Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberi jaminan bahawa projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) tidak akan menjadi Forest City seterusnya.
Pada sidang media semalam, Chow berkata pengkritik membuat dakwaan palsu bahawa PSI akan menjadi seperti perbandaran mewah yang gagal di Johor, di mana bangunan tinggi dan sebuah resort golf dibina di atas pulau-pulau buatan.
Sebaliknya ADUN Padang Kota itu menegaskan pendukung PSI berusaha menjadikannya projek lestari dengan stesen LRT, ruang hijau, dan laluan air yang akan dibina di Pulau A, yang dinamakan Pulau Silicon yang akan menjadikan projek itu tahan iklim dan mematuhi piawaian persekitaran, sosial, dan tadbir urus (ESG).
“Saya kata (sebelum ini) bahawa kita tidak akan membina bangunan tinggi (di Pulau Silicon) kerana (kawasan itu) terletak di bawah laluan penerbangan (menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang).
“Jadi apa yang mereka (pengkritik) cuba gambarkan, bahawa ia (PSI) akan menjadi satu lagi Forest City, adalah rekaan mereka sendiri,” katanya dalam sidang media tersebut.
Semalam Kerajaan Negeri menyiarkan 71 syarat dikenakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kelulusan bersyarat yang diberikan untuk Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI).
Syarat itu diterbitkan di laman sesawang Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC).
Antara syarat ditetapkan adalah PIC diarah memantau beberapa aspek berkaitan dengan kerja penambakan setiap bulan sehingga ia selesai.
Ini termasuk memeriksa kualiti air di empat sungai bersebelahan dengan tapak projek dan garis pantai sepanjang tapak projek perlu dipantau setiap tiga bulan sepanjang tempoh penambakan.
JAS juga memerintahkan pemantauan kelodak dilakukan secara langsung dan pemantauan air larian permukaan dari tapak penambakan dilakukan setiap bulan selain mengarahkan pembinaan tangki simpanan konkrit untuk menyimpan dan menguruskan bahan kimia, petroleum, dan sisa toksik, serta pengubahsuaian kawalan di sekitar tangki simpanan bahan kimia.
Antara syarat lain termasuk kontraktor mesti mempunyai rancangan tindak balas kecemasan untuk mengendalikan kemalangan dan sebarang situasi yang tidak dijangka.
Projek PSI akan meliputi kawasan seluas 1,620ha di pantai selatan, antara Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul.
Jualan tanah yang ditebus guna dan hartanah itu akan membantu membiayai PTMP, di mana jalan raya baharu dan sistem pengangkutan akan dibina.
Berbanding pengkritik, para nelayan dikawasan terbabit menyokong PSI kerana beranggapan ia akan mendatangkan banyak manfaat kepada generasi akan datang dari segi meningkatkan taraf kehidupan dan menjana peluang pekerjaan golongan muda.
Haris Abdullah, seorang nelayan berumur 63 tahun di kawasan Sungai Batu yang dipetik laporan Awani berkata, beliau berpegang kepada prinsip bahawa selagi ada arus, hidupan laut akan terus membiak dan tidak akan pupus.
Tambahnya bahagian selatan ini bukanlah projek tambak pertama di Pulau Pinang, malah, bahagian timur dan utara negeri telah ditambak terlebih dahulu namun tiada nelayan di kawasan terbabit mengeluh kehilangan punca pendapatan.
Seorang lagi nelayan Zazali Sirun, yang dipetik laporan sama menyangkal dakwaa PSI akan melenyapkan hasil laut dan memusnahkan terumbu karang.
Ini kerana tegasnya kawasan tambak yang dirancang oleh kerajaan negeri tidak mempunyai terumbu karang semula jadi.
"Tiada satu pun terumbu karang semula jadi di kawasan tambakan ini. Saya harap masyarakat terutamanya komuniti nelayan tidak akan keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini," kata nelayan berusia 55 tahun itu.

![]() |
PSI akan meliputi kawasan seluas 1,620ha |

0 Comments