BAYARAN sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.
"Setelah sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, penyaluran pembayaran sumbangan khas berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri selewat-lewatnya pada hari Isnin, 17 April 2023.
![]() |
Kerajaan hargai peranan para murabbi ummah |
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas mengumumkan bantuan khas itu kepada 70,000 imam, siak, guru Kafa serta takmir.
Bantuan khas itu difahamkan membabitkan peruntukan lebih RM40 juta.