KEPUTUSAN rundingan pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Kelantan dan Terengganu dijangka dimuktamadkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perkembangan rundingan kerusi yang diadakan antara dua gabungan itu.
Tambahnya, rundingan awal mengenai agihan kerusi antara kedua-dua parti itu sebelum ini telah menunjukkan perkembangan yang baik.
“Insya-Allah kita akan dapat senarai pembahagian kerusi dalam masa yang terdekat iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Pada masa sama, tiap-tiap parti (HARAPAN dan BN) mengadakan proses saringan calon (PRN),” katanya.
Nik Nazmi berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar Ramadan di Kuala Terengganu pada Jumaat.
![]() |
Perbincangan awal berlangsung baik |
Beliau berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk prestasi menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu
“Jadi itu antara gambaran kita, macam Parti Amanah Negara (Amanah) mereka juga ada kekuatan dia dan BN ada kekuatan dia,” ujarnya.
0 Comments