Rakyat digalak ceburi bidang ekonomi digital untuk atasi isu kemiskinan


MENTERI
Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa rakyat di negara ini supaya mengambil peluang melibatkan diri dalam ekonomi digital.

Bercakap pada Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Komuniti Seri Pantai anjuran  TNG Digital Sdn Bhd dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai pada Ahad, Ketua Penerangan KEADILAN itu percaya dengan penglibatan dalam ekonomi digital, ia mampu menoktahkan kemiskinan.

Apa lagi jelasnya, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan antaranya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi tujuan mengembangkan sektor itu.

“Saya harap kemudahan ini dimanfaat sebaiknya, singgah ke PEDi belajar bagaimana untuk terlibat dalam ekonomi digital, bagaimana kemudahan ini boleh memajukan ekonomi kita. Di situ kita boleh melihat bahawa di pihak kerajaan, kita tidak berniat memberi ikan semata-mata.

Ekonomi digital sebagai jalan keluar dari kemiskinan
“Memang kita bagi bantuan sama ada bakul makanan, Bakul Rahmah, subsidi dan sebagainya tapi lebih daripada itu untuk benar-benar mengatasi masalah kemiskinan untuk menoktahkan kemiskinan, kita perlu sediakan joran,” katanya.

Sementara itu tambah Fahmi, bagi membuka peluang lebih ramai rakyat menceburi diri dalam bidang ekonomi digital, keraajaan akan memastikan terdapat kemudahan PEDi sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (1DUN 1PEDi) menjelang tahun hadapan.
 

Post a Comment

0 Comments