SEORANG Ahli Parlimen KEADILAN negeri Pulau Pinang mengingatkan kerajaan negeri agar mendengar luahan golongan nelayan dalam isu projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI).
Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, kerajaan harus menjaga dan membantu komuniti yang terkesan sekiranya ia ingin meneruskan sebarang projek pembangunan.
“Kita perlu dengar luahan nelayan kerana mereka pemegang taruh utama. Sebelum ini, saya juga sokong bantahan mereka kerana itu merupakan pendapatan utama mereka.” jelasnya.
Projek penambakan PSI bernilai RM10 bilion adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion melalui penambakan tiga pulau seluas 1,620ha di luar Permatang Damar Laut.
Projek itu sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada nelayan, pencinta alam sekitar, dan kumpulan pesara kerajaan G25 atas kebimbangan ia akan menjejaskan ekosistem marin.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipetik laporan media berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meluluskan laporan penilaian impak alam sekitar bagi projek tersebut dengan 71 syarat yang perlu dipenuhi.
![]() |
Komuniti terkesan perlu dibantu |
“Tak nak komen secara terperinci sedangkan kita masih tak tahu mengenai kandungan 71 syarat itu … saya yakin Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan kenakan syarat yang ketat mengenai kelulusan projek itu,” katanya dipetik FMT.
0 Comments