PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Malaysia tidak akan terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara
Pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.
Malah Bank Negara Malaysia (BNM) juga jelasnya telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu menggunakan ringgit dan renminbi.
"Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.
"Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran sama ada kerajaan akan turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunakan dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain.
Sementara itu dalam isu berkaitan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia perlu bersiap sedia dengan semua prasarana, infrastruktur dan sumber tenaga tempatan supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemasukan pelaburan asing yang menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya.
"Mengambil contoh apabila Amazon Web Services (AWS) masuk, kalau kita hanya tunggu pelaburan dan tidak menyiapkan jentera, kemahiran, pekerjaan, infrastruktur, ia akan menjadi masalah," katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.
Malah Bank Negara Malaysia (BNM) juga jelasnya telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu menggunakan ringgit dan renminbi.
"Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.
"Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran sama ada kerajaan akan turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunakan dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain.
![]() | |
Ringgit boleh digunakan dalam pelaburan |

0 Comments