TIADA halangan untuk mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.
Ketetapan itu dinyatakan Menteri Pendidikan Fashlina Sidek kepada pemberita ketika menghadiri majlis iftar bersama warga pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis
Bagaimanapun jelasnya, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023, mengenai garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan, yang dikeluarkan KPM.
“Sebenarnya KPM telah pun mengeluarkan garis panduan bagaimana tatacara kemasukan, bukan sahaja kepada orang kenamaan ahli politik tetapi kepada semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang mesti mendapat kebenaran daripada KPM.
![]() |
Tiada halangan, namun perlu ikut garis panduan |
Ketua Wanita KEADILAN itu sebelumnya diminta dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang yang tidak dibenarkan masuk ke sekolah di sebuah negeri, untuk menghadiri program di sekolah tersebut.
0 Comments