SEBARANG bentuk jualan mercun dan bunga api secara dalam talian walaupun melibatkan jenis produk dibenarkan adalah tidak dibenarkan.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismailcberkata, perkara itu merupakan sebahagian garis panduan diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi kebenaran kepada penjualan 46 bunga api jenis ‘happy boom’ dan ‘pop-pop’.c
“Jualan secara dalam talian tidak dibenarkan, saya tegaskan bahawa KDN dan polis sentiasa memantau untuk memastikan penjual yang mempunyai permit sah menjual jenis bunga api yang dibenarkan.
“Malah, jualan juga harus dibuat di tempat-tempat atau premis yang dianggap selamat dan pihak berkuasa akan terus melaksanakan penguatkuasaan mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
![]() |
Kerajaan tak benar mercun dijual dalam talian |
“Sebarang tindakan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh polis dan KDN serta ia melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti kastam dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
0 Comments