Kerajaan Selangor kecam serangan zionis terhadap warga Palestin


KERAJAAN Negeri Selangor pimpinan KEADILAN menyahut gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar agar solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin diadakan.

Ia susulan serangan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan ini, seluruh masjid dan surau di negeri Selangor akan melaksanakan solat hajat seusai solat Jumaat minggu ini.

"Ia bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi warga Palestin agar Allah SWT melindungi mereka," kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.

Terdahulu media melaporkan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dalam serangan, manakala lebih 350 orang lain ditahan.
 
Tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan ini diaturkan ketika jemaah Palestin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa pada hari Rabu yang lepas.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Amirudin berkata Kerajaan Selangor pimpinnya mengutuk serangan berkenaan dan bersolidariti bersama warga Palestin.


Selangor akan adakan solat hajat
"Kerajaan Selangor mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, sebuah tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia, terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini.


"Tindakan kejam ini telah kerap berulang, terutamanya pada bulan Ramadhan seperti yang berlaku pada April tahun lalu," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Post a Comment

0 Comments