KERAJAAN membuat keputusan untuk mengekalkan harga siling ayam dan telur selepas Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Salahuddin Ayub dalam satu program di Johor Bahru semalam memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penggunaan bahan asas itu dalam kuantiti yang banyak sepanjang Ramadan dan Syawal.
“Kita telah putuskan dalam Jemaah Menteri supaya semasa Ramadan, hari raya dan juga selepas hari raya (harga siling ayam dan telur dikekalkan).
“Ini kerana hari raya ini istimewa dan ia bukan disambut dua hari, tetapi sebulan,” katanya.
Selain KPDN, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) juga jelasnya telah memberi jaminan bagi memastikan telur dan ayam dapat dijual pada harga siling ditetapkan.
![]() |
KPDN turut beri jaminan bekalan cukup |
Manakala untuk Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah.