LAWATAN kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik China minggu lalu dianggap sebagai sangat berjaya.
Melalui lawatan itu, bukan sahaja Malaysia telah mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara paling ramai penduduknya itu, malah berjaya meraih komitmen perdagangan sebanyak RM170 bilion daripada pelabur China yang bakal memberi kesan positif kepada ekonomi negara.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim setelah mendapatkan penjelasan daripada ahli akademik berkonsikan empat faktor kejayaan lawatan diketuai Anwar itu.
Faktor pertama jelasnya, Malaysia adalah negara Asean pertama menjalin hubungan dengan China.
"Kedua, keyakinan China terhadap kepimpinan Malaysia kini yang mempunyai keinginan membina masa depan yang lebih baik dan ketiga Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam Asean sekarang memandangkan Anwar dan Jokowi (Perdana Menteri Indonesia) merupakan dua pemimpin Asean yang berpengaruh.
"Keempat, pada bulan Mei tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Peristiwa bersejarah ini sangat penting yang sentiasa disebut oleh China.
"Mungkin mood ke arah ulang tahun ke-50 tahun itu mula dibina dari lawatan bersejarah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini," kata Hassan menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan Malaysia meraih komitmen pelaburan yang tertinggi bernilai RM170 bilion dari China.
Jumlah itu, yang terbesar setakat ini dari China, adalah daripada sejumlah 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara perniagaan di China dan Malaysia.
Memulakan lawatan dengan menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China pada 29 Mac, perdana menteri diberi sambutan mesra.
Pada Khamis, Presiden Parti KEADILAN itu meneruskan lawatan ke Beijing bagi memajukan kerjasama strategik antara Malaysia dan China.
![]() |
Anwar disambut mesra sepanjang lawatan |
Anwar kemudian diraikan oleh Perdana Menteri China yang baharu dilantik Li Qiang dengan upacara sambutan Rasmi di Great Hall of the People pada Sabtu dan disusuli dengan mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara.
0 Comments