DATUK SERI Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan harga barang keperluan dapat dikawal dengan mengurangkan pembabitan orang tengah.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Agro Rahmah di Tapak Bazar Ramadan di Putrajaya pada Khamis, Perdana Menteri itu berkata sekiranya orang tengah hanya mengambil keuntungan berpatutan sahaja usaha kerajaan mengawal harga barang dapat segera dijayakan.
Usaha mengurangkan kebergantungan dengan orang tengah itu jelasnya boleh dilaksana dengan cara mengadakan pasar-pasar tani atau projek-projek seperti jualan agro bazar yang diselenggarakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Kita lihat di jualan agro bazar ini harga sayur jauh lebih murah kerana tidak melalui orang tengah dengan keuntungan berlebihan.
"Kalau kita dapat kurangkan peranan orang tengah atau orang tengah mengambil keuntungan berpatutan, maka harga boleh dikawal," ujar beliau," jelasnya.
![]() |
Kurang kebergantungan orang tengah boleh dilaksana |
Teori itu pernah disebut oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz pada tahun 1990-an.
0 Comments