Rakan Muda bakal dilancar semula lepas raya


KEMENTERIAN
Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan untuk melancar semula Program Rakan Muda selepas sambutan Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri KBS Adam Adli Abdul Halim berkata, walaupun program itu ketika ini masih berjalan namun ia perlu diperkasa semula dengan penambahbaikan supaya dapat menyedia peluang dan manfaat lebih luas kepada gologan belia.

"Setiap Jabatan Belia negeri masih ada Pejabat Rakan Muda dan masih berjalan seperti biasa cuma kita mahu ia dijadikan wadah utama KBS.
 
"Kita perlu jadikan ia 'flagship' kembali...jadikan ia program utama kerana di bawah Rakan Muda ada banyak peluang dan platform dapat dibuka kepada mana-mana individu dan pertubuhan untuk terlibat secara langsung. Ini membolehkan mereka mempunyai akses kepada lebih banyak sumber dan Jabatan Belia," katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan di Alor Setar semalam.

Pada 5 Mac lalu, Adam Adli memaklumkan program pemupukan minat, penggilapan bakat dan pernyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994 itu akan diperkasa semula.

Antara yang dirancang adalah penambahbaikan yang meliputi pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.

Program bakal diperkasa semula agar beri impak
Rakan Muda jelasnya telah terbukti menjadi satu program yang berjaya untuk menarik ramai orang terutamanya golongan belia dan penglibatannya mampu mencapai jutaan orang.

"Itu yang KBS mahu capai tahun ini dan seterusnya akan diperbesar lagi pada tahun depan," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments