Anwar berjaya buktikan beliau pemimpin berwibawa


KERAJAAN PERPADUAN diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sedang bergerak ke arah kestabilan politik dan pentadbiran yang dihasratkan oleh rakyat.

Prof Dr Sivamurugan Pandian, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ketika mengulas penghargaan dizahir Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan pada Khamis berkata, semua pihak wajar bersama mendokong usaha dilaksana kerajaan untuk memulihkan negara.

"Kerajaan Perpaduan seharusnya didukungi oleh semua pihak dengan memberikan nilai tambah kepada pembaharuan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan selain memberi ruang kepada barisan Kabinet Anwar untuk membaik pulih tadbir urus negara.

"Anwar  berada di landasan yang betul apabila mengemudi dan mentadbir urus Kerajaan Perpaduan ke arah yang lebih baik dan utuh, walaupun kerajaan dibentuk menerusi gabungan pelbagai parti serta ideologi yang berbeza," katanya dipetik Bernama.

Mengulas lanjut titah Sultan Iskandar yang menzahirkan sukacita dengan hubungan antara negeri Johor dengan Kerajaan Persekutuan, Sivakumar berpendapat ia sebagai isyarat jelas bahawa pendekatan Anwar menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang berwibawa.


Semua pihak wajar sokong usaha kerajaan
"Penghargaan dan penilaian tinggi yang diberikan ke atas Perdana Menteri tentunya didorong oleh maklum balas serta respons pantas diikuti dengan tindakan atau pelan pelaksanaan terhadap sesuatu cadangan yang dikemukakan oleh Baginda.


"Dalam hal ini Anwar juga dilihat mengamalkan amalan konsensus, yang akhirnya menjamin agenda rakyat dapat diberikan keutamaan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments