Mentega Terbang: filem tak wajar jadi pencetus provokasi, kata ABIM

 


ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan pendirian bahawa filem mesti memainkan peranan menyatupada rakyat dan bukan menjurus provokasi dan perpecahan.

Naib Presiden ABIM, Zairudin Hj Hashim berkata begitu dalam satu kenyataan media yang merujuk kepada kepada filem kontroversi “Mentega Terbang” yang didakwa menyentuh isu sensitiviti agama dalam masyarakat.

"Filem yang diluluskan sejak 2021 itu harus membawa mesej yang jelas untuk mengeratkan perpaduan masyarakat dan tidak menjurus kepada kesan provokasi dan perpecahan.

Hormati perimeteri sensitiviti agama
"Justeru, ABIM senada dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Hj Mohnd Na’im Hj Mokhtar yang menegaskan bahawa pihak beliau tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat,' kata Zairudin.

Mentega Terbang yang ditayangkan di platform penstriman digital mencetuskan kontroversi dengan memaparkan jalan cerita yang bertentangan dengan agama Islam dan dimainkan oleh pelakon beragama Islam.

Filem arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng ini mula ditayangkan melalui platform penstriman Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.

Walau bagaimanapun ia difahamkan telah dikongsi dan berlegar di media sosial sejak tahun 2021.

Pihak berkuasa polis awal minggu ini memaklumkan satu kertas siasatan sudah dibuka berhubung filem itu dan ia disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksan dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sementara itu ABIM dalam kenyataannya berkata filem-filem berunsurkan dakwah seperti filem IMAM perlu diberikan ruang serta dukungan yang lebih luas untuk mengatasi karya berunsurkan perkara yang mengelirukan umat.

Post a Comment

0 Comments