Peruntukan PKS untuk Sabah dan Sarawak ditambah RM600 juta



SEBAGAI usaha membantu komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak, kerajaan bersetuju memberi peruntukan khas tambahan RM600 juta dalam Belanjawan 2023.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat ketika menggulang usul Belanjawan 2023 semalam.

Menurutnya, keputusan itu selepas meneliti keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga seperti yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu.

"Untuk Sabah Sarawak, saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga. Oleh itu, saya nak tambah (peruntukan).

"Sukacita diumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk komuniti PKS Sabah dan Sarawak dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan RM100 juta tambahan.

"Selain itu, (peruntukan tambahan juga termasuk) kemudahan jaminan pinjaman PKS daripada bank sebanyak RM500 juta," katanya.

Anwar turut menjelaskan, peruntukan RM600 juta itu akan diagihkan kepada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bentuk dana pinjaman mikro dan kemudahan jaminan pinjaman.

Semoga jadi pemangkin pacu ekonomi Borneo
Sebagai rekod, pada Febuari lalu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata, tumpuan kementeriannya adalah untuk memberi tumpuan kepada usaha pembangunan usahawan di Sabah dan Sarawak.

Presiden UPKO itu berkata, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, pegawai dan kakitangan kementeriannya bahawa tumpuan tambahan mesti diberikan kepada Sarawak dan Sabah tanpa perlu mengurangkan kos tambahan di seluruh negara.

Post a Comment

0 Comments