Malaysia terbuka bincang semula pembinaan KSCIP dengan Arab Saudi

 

MALAYSIA terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan kaedah penutupan operasi pusat berkenaan sebelum ini yang dibuat tanpa rundingan dengan kerajaan Arab Saudi.

“Mana-mana kerajaan berhak atau boleh mencadangkan penutupan, tetapi dengan sahabat (Arab Saudi) harus ada rundingan, harus ada notis, harus ada perbincangan. Ini nampaknya tidak dijalankan.

“Jadi saya tidak boleh pertahankan cara gopoh penutupan inisiatif tanpa berunding dengan pihak terlibat,” kata Perdana Menteri itu dalam sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi, di Jeddah, pada Jumaat.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sebelumnya ditanyakan apakah pentadbirannya bercadang menghidupkan kembali cadangan pembinaan premis kekal pusat itu di Putrajaya.

Terbuka sekiranya Arab Saudi mahu berbincang
KSCIP diilhamkan selepas kunjungan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada Mac 2017 untuk mengekang penularan fahaman ekstremisme dan militan, termasuk oleh kumpulan IS.

Penubuhannya akan meletakkan Malaysia, bersama Arab Saudi, di barisan hadapan dalam memerangi radikalisme dan keganasan.
 

Post a Comment

0 Comments