AMK gesa Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN dan Presiden Bersatu


PEMIMPIN
  Bersatu dan PN digesa konsisten dalam mempamerkan kepada rakyat bahawa gabungan itu adalah yang kehadapan dalam mempertahankan integriti.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azraf dipetik laporan media berkata, Muhyiddin Yassin perlu melepas jawatan Pengerusi PN dan  Presiden Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu)

“Keengganan Tan Sri Muhyiddin untuk meletakkan jawatan serta merta malah menggunakan dalih akan menyerahkan ketetapan terkait jawatannya kepada MPT mempamerkan sikap hipokrasi dan cakap tidak serupa bikin Bersatu, seolah-olah beliau tidak mementingkan nilai integriti seperti yang digembar gemburkan anak buahnya Wan Saiful Wan Jan.

“Wan Saiful Wan Jan turut mengungkap pentingnya peletakan jawatannya sebagai Ketua Penerangan yang merupakan jawatan Eksekutif dalam parti tetapi pemegang jawatan Presiden pula tidak melakukan yang sama.

“Adakah jawatan Presiden parti yang merupakan jawatan terkanan itu tidak cukup eksekutif berbanding peranan Ketua Penerangan?,” soal Haziq.

Muhyiddin pada Jumaat berkata, beliau menyerahkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menentukan kedudukannya sebagai Presiden parti itu.

Jelasnya kedudukan beliau berbeza dengan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang sebelum ini meletakkan jawatan setelah didakwa di mahkamah kerana beliau presiden dipilih oleh parti.

Sementara itu Haziq berkata, hipotesis dibuat Muhyiddin hanya menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin 'cakap tidak serupa bikin ' apabila perkara sama berlaku kepada beliau.

Muhyiddin mesti buktikan 'cakap serupa bikin'
“Hipotesis yang boleh dibuat adalah semua cakap-cakap Wan Saiful Wan Jan bahawa perlunya pemegang jawatan eksekutif dalam parti yang terlibat dengan pertuduhan rasuah di mahkamah meletakkan jawatan seperti yang dibuatnya demi mempertahankan nilai integriti cumalah cakap tidak serupa bikin pemimpin Bersatu.

“Malah telah menjadi cerita dongeng mereka semata-mata tatkala Tan Sri Mahiaddin berdolak dalih soal kedudukannya sebagai Presiden Bersatu,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments