KERAJAAN Negeri Sembilan yang dipimpin KEADILAN tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan rakyat di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika mengulas isu pencerobohan warga asing yang menceroboh tanah sama ada milik persendirian mahupun kerajaan untuk dijadikan penempatan haram berkata, semua agensi penguatkuasaan akan mengiatkan usaha pemantauan.
"Kita tidak mahu ada lagi perkampungan seperti itu, yang sudah lama wujud baru nak ambil tindakan dan masa itu sudah susah untuk pindahkan mereka. Ini isu besar yang perlu dipandang serius.
"Kalau ikutkan ini pertama kali berlaku tapi ia dah lama (wujud) dan tidak boleh dimaafkan. Ini menunjukkan bagaimana keselamatan negeri ini bila-bila masa mungkin boleh rosak, status tanah juga belum disemak sebab dibina di kawasan paya,” katanya.
Aminuddin mengulas laporan media mengenai serbuan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) di sebuah penempatan haram di Nilai Spring yang memiliki kemudahan ‘sekolah’ menggunakan silibus pendidikan negara jiran, malah turut dilengkapi beberapa set generator bagi membekalkan kemudahan elektrik.
Dalam serbuan dikawasan tersorok dalam kawasan hutan berpaya yang dikelilingi jerat dan anjing liar itu, JIMNS menahan 67 pendatang tanpa izin Indonesia terdiri daripada 11 lelaki dan 20 wanita dewasa, serta 36 kanak-kanak termasuk bayi berumur dua bulan. Aminuddin akan pastikan insiden tak berulang
Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi penguat kuasa negeri selain meminta Majlis Keselamatan Negeri untuk mengambil tindakan proaktif membendung perkara itu.
0 Comments