RAKYAT Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keputusan kerajaan mengekalkan sempadan Malaysia buka di tengah-tengah kebimbangan berhubung lonjakan kes Covid-19 di China.
Nasihat itu diutarakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye sambil menegaskan beberapa varian yang dilapor dikesan di China sebenarnya sudah berada di dalam negara dan keputusan membuka atau menutup pintu sempadan kepada pelancong dari mana-mana negara tidak memberi kesan besar kepada penularan wabak itu kini.
"Dalam isu ini ada beberapa perkara yang perlu ditangani.. sama ada kita patut bimbang dengan varian Covid itu dan yang kedua sama ada kita perlu bersedia?
"Jika kita lihat apa yang berlaku di luar negara atau di Malaysia kebanyakan perintah sekatan telah ditamatkan.
"Di Malaysia, sejak lebih 9 bulan lalu tidak berlaku jangkitan serius yang ketara, rakyat malaysia telah terdedah kepada Covid-19 dan ramai terima vaksin. kedua-dua ini menyumbang kepada perlindungan imuniti dalam masyarakat.
"Sama ada (varian) Omicron ini akan menjejaskan orang awam secara serius.. saya rasa tidak," katanya dalam satu bual bicara kendalian portal berita SumberKini.
Disebalik pandangan agar rakyat tidak terlalu bimbang dengan keputusan kerajaan terus membuka pintu sempadan, beliau menganjurkan orang ramai terus mengambil langkah pencegahan seperti ditetapkan sebelum ini selain menggesa pengambilan vaksin penggalak terhadap wabak tersebut.
Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dipetik Bernama sebagai berkata, Varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China sebenarnya telah dikesan sudah berada lama di Malaysia.
Setakat 31 Dis, terdapat 4,148 kes jangkitan BA.5.2 dan tiga kes BF.7 di negara ini, tiada data untuk mengaitkan kes serius atau kematian kepada kedua-dua subvarian itu.
Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong China ke negara ini.
Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada terhadap pelancong asing di pusat wwabak.
Sementara itu dalam bual bicara yang sama Pakar kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli menegaskan tidak timbul persoalan apakah kerajaan telah membuat keputusan yang betul atau tidak berhubung isu sama ada perlu terus membuka atau menutup pintu sempadan kepada mana-mana pelancong dari negara tertentu.
Ini jelasnya rakyat mempunyai tanggungjawab sendiri melindungi diri dari dijangkiti Covid-9 selain dari hanya bergantung kepada langkah-langkah yang diambil kerajaan.
"Saya setuju dengan Dr Lee bahawa kita tak perlu takut kepada Covid-19, kita dah tahu bagaimana penularannya. Kalau nak melaksana sesuatu itu mesti berasaskan sains dan data.
"Asas pertama adalah untuk mengelakkan diri kita terkena covid dengan mendapatkan vaksin dan kemudian mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga penjarakan fizikal.
"Keutamaan yang harus diberikan bukan hanya melihat kepada apa yang kerajaan lakukan betul atau tidak, sebaliknya diri kita sendiri. Kita yang sebenarnya melindungi diri kita dahulu dan baru lah selepas itu barulah kerajaan melaksana pemantauan dalam skala besar," kata Ahli Majlis kesihatan Negeri Selangor itu.

Lebih penting ambil langkah lindungi diri sendiri |

0 Comments