KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berhasrat meneruskan penganjuran program ‘skrin besar’ pada masa akan datang.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, penganjuran tayangan dua acara sukan baru-baru ini mendapat sambutan positif dari peminat sukan dan kementerian mahu memberi lebih banyak peluang kepada golongan itu menonton siaran acara sukan secara langsung.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, hasrat itu berdasarkan sambutan positif terhadap tayangan 'skrin besar' bersempena dua aksi separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 baru-baru ini yang melibatkan pasukan Harimau Malaya dan skuad Gajah Perang.
Pada aksi separuh akhir pertama AFF antara Malaysia dan Thailan pada 7 Jan lalu, tayangan 'skrin besar' dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan.
Manakala 87,710 orang menyaksikan separuh akhir kedua (Thailand lawan Malaysia) pada 10 Jan di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam.
“KBS menganjurkan program itu (pada 7 Jan) berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia lawan Thailand tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou.
Program 'skrin besar' dapat sambutan |
Justeru, beliau berkata KBS bertindak pantas mengambil inisiatif menganjurkan program yang memberi peluang kepada penyokong bola sepak negara menonton perlawanan tersebut secara langsung melalui skrin besar bersama komuniti setempat.
0 Comments