USAHA penambahbaikan perkhidmatan kesihatan terus menjadi tumpuan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Melalui satu kenyataan, Zaliha yang juga merupakan Ahli Parlimen Sikijang berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama semua pemegang taruh bakal merangka penyelesaian kepada isu kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital awam.
Mengakui isu kesesakan banyak berpunca dari peningkatan jumlah pesakit dan kekurangan tenaga kerja serta fasiliti, penyelesaiaan jangka pendek, sederhana dan panjang tegasnya perlu dirangka segera.
Langkah itu termasuk mengkaji data keberkesanan inisiatif seperti pelanjutan waktu bekerja di kemudahan tertentu dan usaha memperkasakan sistem penjagaan kesihatan kejat (lean healthcare system) yang bertujuan mengurangkan pembaziran dan tempoh menunggu terutama di hospital yang berdepan kesesakan.
"Bagi hospital yang mempunyai ruang, pelaksanaan 'short stay ward' akan diperkenalkan. Ia telah dilaksanakan di beberapa buah hospital.
“Selain itu, sistem pengurusan katil pesakit akan diperkemas bagi mengelakkan pesakit menunggu lama khususnya di zon kuning.
"Ini mustahak agar penggunaan katil di hospital dapat dikawal selia dan diurus dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan serupa Zaliha turut memaklumkan, dalam usaha menangani isu kesesakan itu, KKM juga akan terus melihat kepada model kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
"Penyumberluaran dan kerjasama dengan sektor swasta misalnya telah banyak membantu semasa pandemik Covid-19 melanda.
"Model-model seperti ini akan dilihat secara lebih khusus termasuk kerjasama dengan pengamal perubatan swasta. Semestinya inisiatif seperti ini memerlukan dana yang khusus," jelasnya.

KKM serius mahu selesai isu kesesakan |

0 Comments