Polis siasat kes rosakkan kubur aktivis KEADILAN


PIHAK polis dilapor sedang menyiasat kes mencabut dan merosakkan kubur Bill Kayong, aktivis dan ahli politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang ditembak mati pada 2016.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asistan Komisioner Alexson Naga Chabu dipetik laporan media berkata orang awam menyedari kubur itu telah dirosakkan dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab dan kemudian bertindak membuat laporan kepada polis.
 
“Perbuatan khianat ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis ingin menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan isu-isu sensitif di media sosial yang boleh menimbulkan kerisauan, kegusaran yang boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan bersama,” jelas Alexson dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau sementara itu menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Daveora Julaimi ditalian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Pada 21 Jun 2016, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang individu di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Miri-Kuala Baram.

Bill Kayong dibunuh pada 2016
Ketika insiden itu berlaku arwah juga merupakan Setiausaha KEADILAN di bahagian Miri dan berpengalaman bertugas sebagai setiausaha politik kepada bekas Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.

Alalhyarham turut dikenali penduduk Sarawak sebagai seorang aktivis yang giat memperjuangkan tanah hak adat bumiputera

Post a Comment

0 Comments