KPDN lancar 'Aduan Suri', jemput pengguna jadi rakan strategik

 



TIMBALAN MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh melancarkan 'Aduan Suri' dan Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan dibawah kementerian itu.

Pelancaran itu dibuat bersempena Karnival Jualan Rahmah di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar, Kedah pada Khamis.

Melalui satu kenyataan media, Fuziah berkata langkah untuk melancarkan semula saluran-saluran aduan kepenggunaan sedia ada dibuat dengan penambahbaikan agar sistem tersebut lebih mesra pengguna.

"Pelancara ini berfokuskan kepada suri rumahtangga, yang berurusan dengan pembelian barang “keperluan” secara harian, dan berdepan secara langsung dengan sebarang isu kenaikan harga yang melampau serta kekurangan bekalan.

Besar hasrat Kementerian melalui pendekatan baharu ini, para suri rumahtangga dapat menjadi mata dan telinga juga rakan strategik Kementerian dalam memberikan maklumat sahih dari lapangan di seluruh Malaysia. Dengan mempermudahkan Aduan dibuat oleh Suri Rumahtangga, KPDN berharap secara tidak langsung mereka akan menjadi menjadi rakan strategik kementerian secara langsung di lapangan.” kata Fuziah.

Pada program itu, Fuziah turut melancarkan QR Code saluran "Aduan Suri' melalui aplikasi Whatsapp.

Melalui mekanisme ini, pengadu hanya perlu mengimbas QR Code tersebut dan ianya akan terus disalurkan ke aplikasi Whatsapp aduan KPDN.

“Dengan kemudahan ini diharapkan agar pengguna dapat memanfaatkan semua saluran aduan yang disediakan serta dapat membantu Kerajaan dalam membanteras salah laku peniaga atau sebarang pelanggaran terhadap undang-undang di bawah seliaan KPDN sekaligus membentuk masyarakat Malaysia yang mampu bertindak dan berdaya upaya dalam memperkasakan hak-hak sebagai pengguna.” katanya.

Sehingga kini, KPDN telah menyediakan sembilan (9) saluran aduan tetapi majoriti yang digunakan adalah enam (6) saluran aduan kepenggunaan daripada pelbagai platform bertujuan meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan kemudahan pengguna membuat aduan. Saluran-saluran tersebut adalah:

(i) Talian Whatsapp: 019-279 4317 / 019-848 8000
(ii) Aplikasi telefon Pintar: EzAdu;
(ii) Portal e-Aduan: https://e-aduan.kpdnhep.gaov.my;
(iv) Talian Hotline: 1-800-886-800;
(v) Emel (e-aduan@kpdn,gov.my); dan
(vi) Enforcement Command Centre (ECC): 03-8882 6245 / 6088;

Sementara itu Fuziah berkata, KPDN akan menggiatkan lagi promosi aduan yang boleh dilaksanakan secara mudah dan cepat.

Fuziah harap peremajaan dapat beri manfaat
Langkah itu diharap dapat merealisasikan hasrat KPDN untuk memberi maklum balas akuan penerimaan aduan secara segera selain mempercepatkan tindakan maklum balas atas aduan lengkap yang diterima.
 
“Peremajaan semula semua platform aduan ini diharap dapat disebar luas manfaatnya kepada seluruh masyarakat Malaysia," tambahnya dalam kenyataan.



Post a Comment

0 Comments